Read more: http://www.ciktom.com/tutorial-buat-dropdown-tab-menu-blogspot/#ixzz3ouyCNdBl

Sabtu, 17 Oktober 2015

Si Kew.8 dan Pekeliling Perkhidmatan


Assalammualaikum,
Sabtu petang yang terisi dengan jadual bekerja.
Menyiapkan tugasan akhir sebelum hand over urusan gaji.

Nak melambai pergi tugasan mengurus GAJI disekolah, agak sedih juga. Bak kata kawan sekerja buat gaji enjoy.
Banyak pengalaman berharga yang dikutip dari masalah gaji guru yang bertimbun diawal menerima tugasan ini, sehinggalah selesainya satu persatu masalah itu. Agak puas disitu bila dapat melepasi target yang telah ditetapkan.

Terima kasih atas sokongan-sokongan rakan sekerja, pihak pentadbir sekolah dan tak lupa juga kepercayan mantan Pengetua SMK Kolombong, Datin Hjh Amina bt Hj Misuari yang banyak mendorong. Guru-guru yang bersabar memberi ruang untuk saya memperbaiki urusan berkaitan gaji staff-staff di SMK Kolombong.

Walaupun agak terkilan sedikit bila mana tidak dapat mencapai target memperkemaskan rekod Kad Gaji yang saya sasarkan di awal tahun 2015 lalu. Tak mengapa next person yang akan mengambil alih akan menyambungnya nanti.

Secara ringkasnya, kepentingan gaji ini besar impaknya. Gaji adalah periuk nasi pekerja. tidak kira dalam sektor apa sekali pun.
Suka saya mengingatkan pada diri sendiri agar membuat sesuatu kerja dengan sebaiknya ibarat melakukannya untuk diri sendiri.
Saya berpendapat bila kita memudahkan urusan orang lain maka Allah permudahkan jua urusan kita.

Marilah kita berkenal-kenalan serba ringkas proses menguruskan gaji

Contoh Kew.8 dan SG.20 @ Kew.320

1. Terima Kew.8, contoh Pergerakan gaji tahunan, Kenaikan Pangkat, Pertukaran, Pemotongan emolumen dan lain-lainnya.

2. Buat Pengiraan sekiranya ada tunggakan atau pemotongan emolumen (Kutipan semula) part ini kita belajar kira-kira. banyak angka kena tengok. Payslip kena rujuk

3. SG20 @ Kew.320, ni borang kena isi semua perubahan gaji yang berlaku di catat.

4. Catat dalam Kad Gaji @ Penyata Pendapatan Tahunan. Dulu-dulu Kad Gaji dalam hard cover mcm kertas manila tu. sekarang dah boleh buat dalam excel mudah dan cepat.

5. Failing, supaya senang nak rujuk.

Tara... secara ringkas saja. Yang lain kena rujuk nota atau search kat google.

Sekarang nak study lebih lagi hal kewangan, hello e-SPKB mari kita bersahabat untuk permulaan 2016 kelak.
Oh tak lupa juga, Selamat Datang kepada Pengetua baru Puan Hjh Sharifah Norkaya Shah Latif.
Semoga dapat bersama-sama merelisasikan kewangan cemerlang di tahun hadapan. Insya Allah